Gua Penyu Di Pulau Sipadan - Hanya Terdapat Satu Di Dunia


Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia 

Pulau Sipadan adalah rumah untuk lebih 3000+ spesis jenis ikan dan hidupan laut. Terkenal sebagai salah satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (Scuba Diving) antara yang terbaik di dunia.

Namun di pulau ini juga terdapat satu daya tarikan yang amat menarik iaitu sebuah gua yang dikenali sebagai Gua Penyu ( Turtle Cave ) berada di dasar lautnya. Dengan berkedalaman 23m dan kira-kira 100m dalam mendatar ianya sebenarnya mempunyai beberapa cabang dimana salah satunya di panggil "Turtle Tomb" dan merupakan satu-satunya makam penyu yang terdapat di dunia.

Dikenali sebagai makam gua penyu kerana di dalam gua ini terdapat banyak bangkai penyu yang boleh ditemui. Ia merupakan tempat persemadian untuk penyu khususnya spesies penyu hijau (Green Turtle).

Turtle Tomb terbahagi kepada dua iaitu bahagian iaitu dinding kiri dan juga laluan dinding kanan. Kedua-dua laluan ini sedikit mencabar bagi mereka yang melaluinya kerana ada kawasan tertentu mempunyai lorong yang sedikit sempit, di sini para penyelam akan dapat melihat banyak rangka tulang penyu yang telah mati. 


Pertama Kali Ditemui

Gua ini pertama kali ditemui pada awal tahun 1980-an oleh seorang pengembara lautan yang agak terkenal pada masa itu iaitu Kapten Jacques Yves Cousteau.

Dia telah berkunjung ke Pulau Sipadan bersama beberapa orang krew pengambaran beliau bagi menghasilkan dokumentari berkenaan pulau ini. Sewaktu melakukan pengambaran dibawah air mereka telah menemui gua bawah laut yang dipenuhi dengan rangka penyu secara tidak sengaja.

Beliau langsung menyimpulkan bahawa saat penyu akan mati mereka akan berenang ke gua itu dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir dengan tenang tetapi malangnya anggapan tersebut tidak seperti yang digambarkan.

Hakikatnya kebanyakan penyu-penyu tersebut sebenarnya telah tersesat dan termasuk ke dalam ruangan gua bawah laut yang luas, kompleks dan berselirat ini sehingga gagal menemui jalan keluar. Akibatnya mereka tidak dapat timbul ke permukaan bagi mendapatkan udara dan akhirnya mati akibat lemas dalam gua berkenaan.


Dipercayai Dulunya Adalah Penempatan Manusia

Terdapat teori bahawa gua ini ‘mungkin’ pernah menjadi penempatan manusia. Gua yang sangat unik dan misteri ini seakan-akan sebuah istana atau dewan yang luas dimana ianya mempunyai bilik-bilik, meja-meja, dan pintu gerbang seperti pernah wujud sebuah kerajaan kecil berjuta tahun dahulu sebelum ianya ditenggelami air laut.

Di dalam gua ini, terdapat sebuah lorong pintu gerbang berketinggian sekitar 18m yang mempunyai dua warna berbeza iaitu putih di atas dan coklat dibawah akibat kesan paras air suatu ketika dahulu sebelum gua berkenaan ditenggelami air sepenuhnya. 

Ada juga teori lain mengatakan Pulau Sipadan ini adalah merupakan sebuah gunung yang pernah wujud suatu masa dahulu tetapi berlakunya sebuah banjir besar yang menyebabkan gunung itu menjadi pulau. Malah, gua yang terdapat di pulau ini dipercayai penempatan manusia pada zaman purba atau batu.


Triangle

Selain "Turtle Tomb", terdapat sebuah bahagian gua lagi dikenali sebagai "Triangle" di "Turtle Cave" dengan berkedalaman 28m dan mendatar lebih kurang 15m. 

Dinamakan sebagai Triangle kerana laluan pintu masuk ke lorong ini berbentuk seolah-olah segi tiga. Selain itu apabila masuk kedalam bahagian ruang utama gua ini, ianya juga turut kelihatan seperti ruangan berbentuk piramid segitiga.

Untuk sampai ke sini, para penyelam terlebih dahulu akan melalui kawasan "Dolphin Section" dimana kawasan tersebut mempunyai banyak rangka penyu dan terdapat juga rangka ikan lumba-lumba yang masih utuh.

Kemudian para penyelam yang meninggalkan ruang utama gua "Triangle" ini akan melalui sebuah laluan berupa lorong seakan dinding pintu gerbang yang sangat tinggi

Selalunya, gua ini adalah yang terakhir dikunjungi oleh para penyelam sebelum sampai ke penghujung laluan iaitu ke pintu masuk ke bahagian lebih dalam dan kemudianya menuju ke pintu masuk kebahagian lebih tinggi sebelum keluar semula dari "Tutle cave".


Kursus "Full Cave Course"

Bagi mereka yang teringin melawati gua-gua bawah air ini, mereka dikehendaki mengambil kursus khusus iaitu "Full Cave Course" sebagai langkah keselamatan.

Kursus ini boleh diambil dengan RAZOR iaitu sebuah organisasi selaman teknikal. Sekadar mempunyai lesen selam skuba sahaja tidak cukup untuk melayakkan diri menyelam dalam gua istimewa ini. Aktiviti selam skuba akan lebih berisiko tinggi apabila melakukan aktiviti tersebut di dalam gua bawah air.

Pastikan diri anda sudah betul-betul bersedia sebelum melakukan aktiviti selam skuba ke dalam gua ini dan ditemani pakar menyelam yang profesional selain mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa.

Terbaru Lebih lama